Sunday, August 22, 2010

Dekat Tapi Jauh

Dalam mencari erti sebuah dewasa, kita semakin terpesong dari hidup yang sebenar. Dewasa adalah indah jika kita mampu melakari 1 agenda hidup yang tersendiri. Berdiri di atas kaki orang lain bukan lah perinsip hidup kita bukan? tetapi ituah apa yang kita lakukan. Merigidkan pemikiran, melembapkan kemahiran dengan menumpukan pengaruh ke atas orang lain. Jika kita pernah mengenal huruf dan abjad sejak kecil lagi, kenapa kita tidak yakin mampu dewasa tanpa mengenal kepalsuan dunia. Remaja mungkin bukan pilihan kita, tetapi meninggalkan zaman lampau idea kepalsuan pemikiran kanak- kanak juga penting. Sampai bila kita mahu mengikuti zaman ini, ramaja adalah kita. Seiring hati dan jiwa menakluki 1 pelosok kenikmatan yang indah. Buangkan sifat para dusta zaman penjajahan hati yang busuk. Langkahi 1 alam yang benar- benar kita berdiri. Mengenal erti dewasa perlu, meski kita menyatakan yang kita sudah mula menjadi dewasa. Remaja perlu bukti? Tidak, sebenarnya hidup adalah bukti yang kita remaja. Memesongkan 1 prinsip keagungan dengan menukarkan 1 ideologi amat malang bagi remaja. Ukurlah kemampuan berfikir agar kita kenal erti kesusahan. Dengan ini bangkitlah 1 remaja idea, berjiwa 1 kemantapan yang perlu agar kita tahu bahawa kita adalah REMAJA.

No comments:

Post a Comment